Sabtu, 7 September 2013

Cari Peluang,Rebut Peluang, Dapat Peluang & Hargai Peluang





Tarikh Kemaskini :7 September 2013

                                     

Pada tahun 2013,  para ahli SAINS telah menyertai program Sabah Got Idea yang mana ianya dilaksanakan oleh Persatuan Usahawan Teknologi Sabah dan dianjurkan oleh Kemeneterian Pembangunan Sumber & Kemajuan Teknologi  Maklumat negeri Sabah.Penyertaan SAINS amat berbaloi  kerana terpilih untuk ke peringkat Akhir.Hasrat pengasas agar pasukan SAINS mampu mendapatkan Dana sebanyak RM100K dengan 5 inovasi hasil para ahli SAINS.Melalui penyertaan pengasas yang sulung ini, beliau telah membantu para ahli SAINS yang lain mampu melangkah ke peringkat akhir dengan formula,strategi serta tunjuk ajar beliau.Biarpun inovasi pengasas iaitu Smart Handphone Box Tewas, namun 2 inovasi yang mempunyai kaitan harta intelek beliau berjaya iaitu Wireless Door Lock Device ( Menerima hadiah wang tunai RM20,000 dan biasiswa inkubator RM50,000 ) dan Sistem Bahanapi Gas Memasak untuk kenderaan ( menerima Biasiswa inkubator bernilai RM50,000 ) manakala LPG Mobile Popcorn Cooker ( menerima Biasiswa inkubator bernilai RM50,000 ).Sasaran luarjangka kejayaan Pasukan SAINS amat berbaloi kerana menerima sebanyak RM170,000.00.


Pengasas Merupakan salah seorang peserta Sabah Got Idea 2013 yang bertempat di Kota Kinabalu memperolehi markah tertinggi.


Menerima Tiket Ke Peringkat Akhir

Pengasas Merupakan Peserta yang memperolehi markah Tertinggi

Bergambar beramai-ramai Peserta dan Ahli Jawatankuasa
Sabah Got Idea 2013 Daerah Kota Kinabalu
pada 29 & 30 Jun 2013 bertempat di Lintas View Hotel
                               

Dua Orang Ahli SAINS menyertai program di Keningau

Salah seorang ahli menerima markah tertinggi manakala
seorang ahli mendapat markah ke 6 layak ke Final
 
Bergambar beramai-ramai Peserta dan Ahli Jawatankuasa
Sabah Got Idea 2013 Daerah Keningau
pada 23 & 24 Ogos 2013 bertempat di Hotel Perkasa




Salah seorang ahli Pasukan Sains Betanding di Daerah Sandakan
    
Pasukan anak beranak yang merupakan ahli pasukan Sains
 En Mustapaha & Encik Ahmad ( Di Belakang Kiri )
Ahli Pasukan SAINS yang berjaya Ke Final Sabah Got Ideas 2013
Inovasi yang tersenarai adalah :
1. LPG Mobile Popcorn Cooker ( Berjaya menerima Biasiswa RM50,000)
2. LPG Cooking Gas For Vehicle (  Berjaya menerima Biasiswa RM50,000)
3. Wireless Door Lock Device ( Berjaya menerima Biasiswa RM50,000 & Wangtunai RM20,000)
4. Smart Handphone Box
5. Tenaga Elektrik Percuma


Keratan Akhbar


Pasukan LPG menerima Mock Cek Biasiswa Inkubator penaja Sabah Got Idea 2013